Perkongsian Secara Atas Talian Berkenaan Aplikasi AR, VR dan 3D Model

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023, Jumaat, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah seliaan Penyedia Perkhidmatan Maxis telah mengadakan satu sesi perkongsian secara atas talian berkenaan topik Aplikasi Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR) dan 3D Model yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Perkongsian atas talian ini telah diadakan dengan menggunakan platform Google Meet dan telah dikendalikan oleh pengurus PEDi Tj. Bowang.

Di dalam perkongsian ini, telah dinyatakan bagaimana staf-staf PEDi boleh menggunakan aplikasi berasaskan teknologi AR, VR dan 3D Model dalam penyediaan kelas terutamanya kelas STEM-IoT bagi membantu memberikan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan visual. Di samping itu juga, turut dikongsikan dalam sesi perkongsian ini adalah kebaikan menggunakan Aplikasi AR, VR dan 3D model dalam sesi pembelajaran di mana ia membolehkan pelajar berinteraksi dan membayangkan konsep-konsep kompleks dengan cara yang lebih mendalam. Antara aplikasi yang telah diperkenalkan kepada staf PEDi dalam perkongsian kali ini adalah Assembler Edu, Quiver Vision, Co Spaces dan Tinker Cad.

Semoga sesi perkongsian secara atas talian ini boleh membantu staf PEDi dalam menyediakan dan melaksanakan kelas-kelas yang akan datang dengan lebih baik dan dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan visual kepada komuniti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali